Wednesday 19 January 2011

Dua kampung halaman di Akhirat

Kehidupan ini sama seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap. Sesungguhnya manusia seperti nahas sahaja dan semuanya sia2

Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini dan mereka menganggap inilah Kampung halaman yang sebenar. Setiap hari mereka hanyalah sibuk dengan urusan2 dunia ini. Sibuk mencari duit, sibuk bekerja, sibuk dengan kesukaan. Mereka meluapakan diri bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita kembali kepada "kampung halaman" yang hakiki, iaitu syurga atau neraka.

Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Walau bagaimanapun Allah memberi petunjuk, ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri, kerana kehidupan dan kampung halaman yang sebenar bukanlah di dunia yang sementara ini tetapi di syurga yang kekal.

Jadi berwaspadalah supaya jangan menghayutkan diri dalam dosa dan kesenangan2 dunia yang sementara. Ikutlah ajaran dan jalan Allah agar kita hidup selamanya dalam rahmatNya, iaitu di perkampungan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Di akhirat ada dua tempat tujuan bagi roh manusia iaitu syurga dan neraka. Seketika roh manusia ditentukan masuk ke salah satu tempat itu, maka orang itu akan kekal di situ. Manakah yang kita pilih??

Sekarang kia sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulangkan kepada kita untuk memilih sama ada jalah ke syurga atau jalan ke neraka.

Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Beliau juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi SAW juga menguatkan lagi melalui hadis2nya yang masih, segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikiran kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiapnya sesuatu itu kerana dalam hidupnya di dunia ini dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti perjalanan ke syurga atau perjalanan ke neraka..

1 comment:

  1. Salam ziarah & kenal, insya Allah kita berjaya ke kampung SYURGA. Akak menjemput rakan2 menyertai GIVEAWAY 001 CHEEZE MAZ .Link cara2 penyertaan ada di : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html

    Jika tiada masa menyertainya, harap sangat2 dapat membantu akak dengan :
    1) Tekan butan G +1 bagi entry http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
    2) Vote akak di denaihati. Cara nak vote akak ada di entry : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/12/giveaway-001-tugasan-ke-2.html

    Dapat pahala ^-^

    ReplyDelete