Thursday 13 January 2011

Kata penghantar


Assalamualaikum pembuka kata.. "Malam pertama" di syurga adalah gambaran kehidupan insan2 yang berjaya di sisi Allah SWT sehingga mereka layak bergelar "ahli jannah". Sebenarnya di syurga tiada dihadkan oleh dimensi ruang dan waktu, sehingga tiada malam ataupun siang di sana. Adapun "malam pertama" di syurga hanyalah sebuah perumpamaan betapa indahnya syurga, sehingga lebih indah daripada malam2 pertama pengantin baru.

Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana2 istana di dunia. Keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat dibayangkan. Ia mengingatkan kita supaya sentiasa beramal dengan amalan2 ahli syurga seperti firmanNya bermaksud :

"(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia 
ke tempat kediaman yang selamat sentoasa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang kurus (yang selamat itu)  
surah Yunus:25

Bukan mudah untuk memastukan "hari pertama" kita berada di dalam syurga. Kerana ia memerlukan perjuangan dan amalan yang banyak semasa hidup di dunia.

Perjalanan dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan shahwat. Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yag dikurniakan kepada hamba2 Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Anas r.a. pernah berkata, "Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengari oleh manusia (yang masih hidup)? Hari pertama adalah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaan-Nya ataupun murka-Nya (hari kewafatan) dan kedua iaitu hari di mana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal dengan tangan kiri atau dengan tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat."

Sungguh, insan yang beriman adalah mereka yang sangat takut kalau kembali kepada Allah dalam keadaan penuh dosa. Mereka inginkan hari2 pertamanya dikubur (alam barzakh) bagaikan "malam2 pertama" yang indah di dalam syurga.

sambung...

3 comments:

  1. Tahniah... satu entry yang bagus...
    Ingat mengingati antara kita kerana banyak masa kita leka dan lalai...

    dari; http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam brother sheikh mustafa
    alhamdulillah... berkongsi ilmu sama2
    terima kasih..

    singgah lagi brother.. =)

    ReplyDelete
  3. Cantik gambar latarnya sesuai dengan entrynya

    ReplyDelete